Thursday 13 October 2011

Teluk Sari Mersing



Terletak di antara Kampung Tanjong Resang Pantai Penyabong. Mempunyai ekses jalanraya yang baik dan senang dijumpai.

Merupakan lokasi memancing,perkhemahan dan juga perkelahan. Mempunyai pantai yang panjang dan air yang bersih.

Terdapat sebuah pulau yang dipanggil Pulau Mawar berhampiran tempat ini. Pulau Mawar sangat unik dengan jalan masuknya melalui sebuah pintu gerbang laut. Juga merupakan syurga kaki pancing.
Peminat potografi tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memotret kawasan ini sekiranya berada di sini. Malangnya matahari terbenam diselindungi pokok pokok bakau yang merimbun di sekitar pantai dan tebing sungainya.

Apa yang lebih menarik tentang Teluk Sari ialah pada suatu ketika dahulu ia merupakan sebuah pengkalan laut di sekitar tahun 30an. Belum dapat dipastikan kesahihan cerita, namun katanya penduduk Mersing yang mahu ke Endau, akan berjalan kaki hingga ke Tenglu batu 9 dan melalui jalan hutan menuju ke Teluk Sari. Katanya juga di Teluk Sari terdapat sebuah pondok polis..

Namun masa berlalu dan mungkin juga hakisan merosakkan pantai sehingga seorang demi seorang meninggalkan Teluk Sari kesunyian.. Tapi Teluk Sari tetap indah..


1 comment:

  1. lokasi ni mmg lokasi yg paling sy gemari...x pernah jemu melawatnya...sangat indah ciptaan Allah..

    ReplyDelete