Friday 14 October 2011

Mersing tanah tumpah darahku




Pagi lagi dah keluar hari ini bersama Taufik dan tiga orang anak serta seorang isterinya. Hajatnya nak ke Teluk Arong untuk menembak mentari bangkit, tapi bila dari Taman SriDaik dah pukul 6.30 pagi tentu tak sempat..

Jadi menuju ke tapak pasar tani disetiap Jumaat tu.. Suasana masih gelap dan masih sesuai untuk menanti sang mentari, tapi sayang awan tebal betul pagi ni.. Kalau keluarpun mesti tidak di horizon lagi..

Menunggu matahari bangkit dari tapak ini memang menarik, kawasan bangkitnya tentu tidak akan jauh dari batu Cawan, "land mark" Mersing yg seharusnya ditonjolkan lagi kewujudannya tu.. Pulau besar juga akan kelihatan menjadi latar yang menawan..

Bila kita menoleh ke selatan dari tapak ini, akan terhampar indah bandar Mersing yang berbalam.
Masjid tersergam indah di atas bukit, pantai bandar Mersing menganjur ke kiri dan pokok pokok kelihatan kelihatan merimbun menambah cantik lagi daerah kita ini.

Cuma sedikit kesal, bila hari cerah dan semuanya terpamer, kelihatan sampah memenuhi kawasan ini..

Bila sesekali kamu pulang, rakamkan sesuatu yang indah, datangi tempat ini, nikmati anugerah ini. Hargai ia kerana ia Mersing yang kita cintai..


No comments:

Post a Comment