Friday 16 December 2011

Catatan Perjalanan (Siri 9)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalammualaikum Wr Wb serta Salam Sejehtera kepada semua peminat coretan Catatan Perjalanan. Harapan saya semoga anda sentiasa kuat, tinggi dan kental Imannya serta di lindungi Allah hendaknya di mana sahaja anda berada.

Saya ingin menyambung sedikit peristiwa bersalin di hospital swasta tersebut. Bayi perempuan yang beratnya 3.38kg dan panjangnya 49cm, lahir pada 24hb Disember 1999 itu perlu tinggal agak lama sedikit kerana deman kuning. Ianya hampir kepada penghujung tahun. Pada masa itu sedang tersebar luas Teori 'millennium bug' mengenai ada kemungkinan akan berlaku masalah dalam sistem komputer di seluruh dunia yang beralih dari 99 ke 00 atau berkemungkinan bom nuklear akan di lancarkan secara tidak sengaja. Maka selepas 5 hari kami di bolehkan pulang. Suasana di hospital itu juga tidak ramai pesakitnya kerana doktor membenarkan pesakit yang tidak serious keluar sebagai persediaan untuk menghadapi situasi tersebut. Alhamdulillah akhirnya semua dalam keadaan baik dan berjalan lancar.


Sebelum saya menyambung semula apa yang berlaku kepada kami, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat mengenai Sunnah Rasulullah saw semasa menyambut kelahiran sesorang bayi ke dunia. Ada 7 perkara yang Rasulullah saw lakukan. 1) Pertamanya di tujukan kepada sesiapa sahaja yang mengenali wanita (Ibu) tersebut supaya diucapkan tahniah kepadanya di sertai dengan ucapan yang baik dan nyatakan apakah harapan (doa) kita untuk anak tersebut. Ianya amatlah di galakkan sehingga di riwayatkan yang Abu Lahab (salah seorang bapa saudara Nabi) terlalu gembira atas berita kelahiran Rasulullah saw lalu memerdekakan hamba yang menyampaikan berita tersebut kepadanya. Sepertimana yang kita ketahui beliau tidak memelok Islam tetapi Allah meringankan siksaan terhadapnya pada setiap hari Isnin di sebabkan peristiwa itu. 2) Semada anak lelaki atau perempuan sebaik sahaja di lahirkan hendaklah di azankan di telinga kanan dan di iqamah di telinga kirinya. Rahsianya supaya lahir sahaja kedunia dia di perdengarkan dengan kalimah dan seruan yang mulia mengenai keBesaran dan keAgungan Allah. Ianya juga supaya syaitan anak tersebut akan lemah dan tidak dapat menyampaikan dakyahnya dahulu. 3) Sebaik-baiknya terus sahaja di masukkan sesuatu yang manis seperti kurma (di kunyah trlebih dahulu) atau madu dengan jari kedalam mulut bayi dan di gerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan di antara lelangit dan lidahnya. Ianya bertujuan untuk merangsang deria perasa, menguatkan otot-otot di sekitarnya sebagai persediaan untuk mengusu nanti. Sebaik-baiknya kita boleh meminta orang yang alim untuk melakukannya. 4) Beri nama, selalunya kita telah bersedia sebelum kelahiran lagi di samping telah mengetahui jantinanya. Kewajipan kedua ibubapa (muktamat dari bapanya) untuk memberikan nama yang baik serta mempunyai pengertian yang baik juga. Perkara ini sangat-sangat di titikberatkan oleh Rasulullah saw kerana setiap kali kita memanggilnya ia adalah doa dan akan mempengaruhi perwatakan seseorang anak itu. 5) Mencukur keseluruhan rambutnya lalu di timbang, di tukarkan dengan nilai wang semasa dan seterusnya di sedekahkan kepada yang memerlukan. Hikmahnya dari segi kesihatan dengan mencukur rambutnya akan mengukuhkan lagi pancaindera mata, telinga dan pernafasannya. Dengan bersedekah akan mensucikan diri kita, anak dan menceriakan orang lain. 6) Aqiqah bermakna dari segi bahasa memutuskan dan istilah syariat menyembelih kambing untuk anak yang baru lahir. Hukumnya sunnat muakad (perbuatan yang di tuntut) Kebiasaannya 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan untuk ibubapa yang berkemampuan juga sebagai tanda kegembiraan menyambut kelahiran anaknya dan di lakukan pada hari ke 7, 14, 21 atau bila yang di fikirkan sesuai. Ianya juga tidak tertakluk kepada kambing sahaja, lembu atau unta juga boleh. Syaratnya adalah seperti kita hendak buat korban cuma daging untuk aqiah tidak di patah-patahkan, di potong mengikut sendi-sendinya. 7) Khitan (bersunat) Hukumnya Sunnat muakad untuk lelaki dan sebagai penghormatan untuk wanita. Hikmahnya untuk kebersihan. Boleh di lakukan semasa masih bayi lagi, baik untuk semua pihak, lebih cepat proses pemulihan serta harga dirinya. Kajian di barat juga menakuinya dari segi kesihatan dan melakukannya sejak dari bayi.

Semasa di Dubai lagi suami telah menetapkan apakah nama anaknya. Sebenarnya saya suka nama Khadija atau Aishah (macam nama ister-isteri nabi) tapi dia mahukan nama yang mudah di sebut serta ringkas. Oklah!... jadi saya bersetuju dengannya untuk nama Mariam. Lebih kurang 1 atau 2 tahun yang lalu Mariam berkata dia tidak suka namanya dan minta ditukarkan tetapi bila saya menjelaskan siapakah Mariam yang saya maksudkan (Nama Ibu Nabi Isa) maka dia merasa bangga dan menerimanya, alhamdulillah. Seperti biasa saya perlu menguruskan segalanya walau macam manapun situasinya. Dia mahu membuat majils aqiqah sementara dia berada di Kuala Lumpur. Maka saya membuat beberapa panggilan dan mengesahkan program tersebut. Saya yang masih sakit itu juga perlu ke pejabat pendaftaran untuk urusan selanjutnya. Alhamdulillah saya di temani oleh rakan yang menemani saya di hospital sebelumnya. Dia memberi saya catatan nama yang perlu didaftarkan. Semasa di pejabat itu pegawai tersebut bertanya adakah saya pasti mahu meletak nama yang panjang begitu.... Saya membuat keputusan untuk nama yang perlu pendek sahaja iaitu namanya dan nama keluarganya, maka hanya Mariam Majid Al Refai sahaja. Dia mahu saya senaraikan 4 nama sebelum nama keluarganya. Alaihai... risau pula nanti bila masa peperiksaan orang telah menjawab 10 soalan atau menulis setengah mukasurat anak saya baru habis menulis nama-nama datuk,moyang.....nya. Sebelum pulang saya perlu membuat satu persinggahan dahulu iaitu memcukur rambutnya. Alhamdulillah rakan saya ada bersama, di samping tidak boleh mendukung bayi(atau bawa benda berat)saya juga tidak berani melihat jurugunting rambut itu
mencukur rambutnya. Alhamdulillah Mariam diam sahaja pada masa itu.


Semasa majlis aqiqah itu di adakan masih dalam bulan Ramadhan. Saya menjemput iman dari masjid yang saya kenali iaitu iman masjid Bkt Damansara kerana saya baru sahaja berpindah ke Pantai Hillpark di Pantai Dalam. Semasa majlis tersebut di samping bacaan doa di adakan juga 'Tahnik,'Ust terlupa dan mengigit kurma itu sedikit tetapi cepat2 di keluarkan teringat yang dianya berpuasa semasa cuba memasukkan jarinya yang ada rasa kurma ke mulut Mariam. Orang Melayu memanggil majlis ini sebagai 'membelah mulut'. Bagaimanapun saya lebih suka melakukannya selepas anak di azan dan iqamahkan. Saya tidak mengadakan bacaan berzanji seperti yang selalu di lakukan di kampung kerana Ust ada mengatakan yang ianya mengandungi puji-pujian yang berlebihan terhadap Rasullullah saw. Saya juga tidak mahu di kritik hebat oleh suami mengenainya kerana dia memahanminya dan tidak pernah di lakukan Rasulullah atau para sahabat. Saya tidak tahu pula dari mana masyarakat Melayu (orang kita) mengambil sumbernya. Alhamdulillah saya juga bersyukur di samping memunaikan sunnah juga majlis berbuka puasa untuk para jemputan. Saya mendapat tahu dari pengurus ladang ternak yang juga memasaknya bagi pihak saya yang kebetulan kambing untuk majlis ini memang dari baka yang baik, sihat dan gemok. Masakannya juga sedap. Setelah majlis itu suami kembali ke Dubai. Saya tinggal di Malaysia kerana masih dalm pantang. Bagi saudara mara serta sahabat handai yang tidak sempat menghadiri majils tersebut mereka tetap hadir selepasnya atau semasa raya, di samping menziarahi Mariam, alhamdulillah.

Setelah 4 bulan berada di Kuala Lumpur saya kembali ke Dubai. Semasa di sana kebetulan anak rakan saya mendapat pekerjaan di sana dan menziarahi kami juga. Mereka juga membawa kami bersiar-siar di sekitar bandar Dubai dan salah satu tempat yang kami lawati adalah Hotel Buj Al Arab, hotel 6 bintang yang hanya 10minit perjalanan memandu dari hotel apartment kediaman saya. Saya juga teringin hendak mengetahui apakah yang hebat sangat mengenai hotel yang berharga ribuan ringgit semalaman ini. Hotel ini terletak di atas tanah yang di tambak keluar sedikit dari tanah besar (macam Johor Waterfront City di Johor Bahru - apa perkembangan terkini projek itu?) Kita perlu membayar untuk masuk kesana sekiranya bukan tetamu hotel seperti kami atau menghadiri majlis di sana. Kereta yang di sediakan oleh hotel untuk kegunaan tetamunya adalah dari Rolls Royes. Bila masuk sahaja ke ruang lobbynya ada akurium ikan sebesar-besarnya tetapi nipis, terasa seperti berada di dasar laut dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan rumpai laut. Dari bawah ke atas yang saya tidak ingat berapa tingkat kita boleh lihat bilik-biliknya yang berada di sekeliling (melengkung) Tiang-tiangnya di salut dengan emas, begitu jugalah di dalam biliknya. Terasa seperti di alam lain. Para petugasnya seperti biasa kebanyakkannya orang asing, nampak begitu berhati-hati melakukan tugasnya di samping sempat melemparkan semyuman untuk kami yang beraksi pelbagai gaya mengambil gambar sebagai kenangan. Setelah itu kami juga ada melawati hotel-hotel hebat yang lain di sekitar kawasan itu. Disebalik semua kehebatan ini apa yang di perlukan oleh orang yang mendiaminya sama seperti manusia lain yang tinggal di hotel yang 'seadanya'. Bagi saya ianya merupakan satu pembaziran tetapi seperti kebiasaannya yang di panggil manusia punya citarasa, kemampuan, kemahuan yang berbeza. Walau bagaimana hebatnya kemudahan yang di sediakan di dunia ini tetap jauh dari apa yang di gambarkan oleh Al Quran berbekalkan sedikit maklumat yang di sertakan Allah mengenai syurga. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah mematuhi suruhan dan menjauhi larangan pemilik syurga itu.

Semasa tinggal di Dubai saya dan Mariam ada ke Kuwait menziarahi keluarga mertua. Kami tinggal di sana untuk beberapa hari. Pakcik (3orang, seorang lagi di Amerika) dan makcik Mariam gembira menerima anak saudara baru. Mariam sudah mula berjalan jatuh (8 bulan) Pada 30hb Ogos 2000 saya dan Mariam pulang ke Malaysia kerana meraikan majlis perkahwinan adik lelaki saya yang di adakan di Batu Pahat Johor. Setelah majlis tersebut kami tetap tinggal di Malysia. Dari catatan saya hampir setiap 2 bulan sekali suami akan datang ke Malaysia. Apabila kami tinggal di Pantai Hillpark, Mariam tidak biasa dengan persekitaran tersebut. Dia akan menangis sekuat hatinya sekiranya saya tiada di sisi. Saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada pembantu. Ini merencatkan perkembangan fizikalnya kerana merasa tidak selamat apabila saya tiada walupun hanya ke bilik air. Dia kembali kepada merangkak semula. Sekiranya semua berjalan dengan baik dia sepatutnya telah boleh berjalan pada usia 9 atau 10 bulan. Oleh kerana peristiwa itu dia hanya boleh berjalan dengan baik pada umur 13 bulan. Ada satu perkara yang saya masih tidak mendapat penjelasannya - setiap kali Mariam tidor dia akan tersenyum dalam tidornya. Ianya berlaku dari saya mula kembali dari hospital hingga satu setengah menghampiri dua tahun. Alangkah baiknya sekiranya saya dapat menyelami apakah mimpi indah itu yang membuat dia tersenyum setiap kali lenanya... Ianya tidak berlaku lagi seperti masa yang saya nyatakan, adakah ibu yang menghilangkan kegembiraanmu nak?....

Allah mencipta kita manusia dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayinya dan susu lembu untuk anak lembu walau bagaimana hebatpun fomularnya. Ada beberapa perkara yang saya mahu kongsikan bersama untuk ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Pastikan payudara dan puting
sentiasa bersih semasa hendak dan selepas menyusukan bayi. Sekiranya banyak air susu yang keluar pastikan semada ianya di masukkan ke dalam botol atau gantikan padnya selalu. Kita juga perlu membacakan bismila sama seperti ketika hendak makan dan minum. Susu yang terbaik adalah yang permulaan berwarna kekuningan (kolostrum) dan keluar beberapa hari pertama semasa mula menyusukan bayi. kadar proteinnya 3x lebih tinggi dari susu ibu biasa, mengandungi antibodi yang tinggi dan lebih sel darah putih. Selain dari pelbagai kebaikannya semada untuk ibu atau anak seperti hubungan yang lebih rapat di antara ibu dan anak, anak akan merasa lebih selamat dan dengan itu proses tumbesarannya akan berjalan dengan lancar, tahap kesihatannya lebih baik (sistem pertahanan badannya kuat) dari itu jarang mendapat penyakit, anak lebih peka dan responsif dengan persekitarannya dan tahap IQnya tinggi. Susu ibu tersedia pada bila-bila masa, bersih, sterial, mempunyai kadar suhu (suhu badan) yang sesuai, kandungan zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut perkembangan tumbesaran bayi. Cara untuk menambah susu yang boleh di mulakan semasa mengandung lagi adalah seperti mengamalkan pemakanan ini seperti minum susu atau soya, air longan, makan keju, telor, banyakkan makan sayur-sayuran, kacang tanah, jantung pisang, pucuk betik, cekur manis, lobak putih, halba dan jintan manis.


Bagi pasangan yang ingin mengambil anak angkat dari segi Islam adalah lebih baik menyusukan bayi tersebut dengan salah seorang dari adik beradik yang sedang menyusukan bayi sepaya anak tersebut menjadi muhrim kepada kedua ibubapa angkatnya. Teknologi terkini juga membolehkan ibu yang tidak mengandung mempunyai air susu. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai pakaian yang sesuai semasa mengandung dan menyusukan bayi. Bagi yang berkemampuan mungkin tiada masalah untuk mempunyai pakaian semasa mengandung dan setelah itu semada di simpan atau di berikan kepada orang lain. Begitu juga pakaian semasa menyusukan bayi terutama bagi ibu yang bertudung dan perlu berurusan keluar rumah ada baiknya menyediakan beberapa pakaian yang di tempah dan boleh di pakai semada semasa mengandung dan menyusukan bayi. Ianya boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kain atau corak cuma bahagian hadapannya pula boleh di belah hingga ke pusat dan di kenakan semada dengan butang biasa, butang ketap, sangkut, zip, velcro dan sebagainya. Ianya akan memudahkan ibu hendak menyusukan bayi di tempat awam. Begitu juga apabila menaiki kapalterbang atau ketempat tinggi semasa tempoh mendaki dan menuruni hendaklah bayi di susui untuk melegakanya dari tekanan udara di telinga.

Saya fikir saya telah bersedia menjadi ibu yang serba boleh dengan terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di lengkapi dengan pelbagai maklumat tetapi Allah itu Maha Kaya saya jauh dari apa yang saya sangkakan. Saya fikir mangandung dan melahirkan mempunyai pelbagai kesulitan dan keajaiban hebatnya yang tersediri untuk saya hadapi tetapi menjaga dan memeliharanya pula lebih banyak cabaran yang perlu di tempuhi. Bersama saya belajar dan mendewasakan diri bersama insan yang banyak mengajar saya erti kehidupan pada coretan seterusnya insyaAllah. Wallahualam

No comments:

Post a Comment