Tuesday 11 October 2011

Hakikat Dua Kalimah Syahadat.Pelajaran 9 (Ustz Dr Abdullah Yassin)



Intisari Hakikat Dua Kalimah Syahadah

Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

* Pengertian aqidah (itiqad, dlm bhs arab) bermakna Simpulan/bersungguh2/ berpegang teguh
* Pengertian Ahlus Sunnah Wal Jamaah - gol/kump manusia yg berpegang teguh kpd itikad/adidah yg berlandaskan Al Quran + Sunnah Rasul, menjadi pengikut Nabi Muhammad saw serta para sahabat
* Perkara utama yg mnjadi perbahasan aqidah adalah rukun iman yg 6 iaitu Iman kpd Allah, Malaikat2, Kitab2,Rasul2, Hari Akhirat n kpd Takdir
* 2 perkara utama dlm Islam adalah
1) MengEsakan Allah dlm Ibadah (Aqidah)
2) Mengikuti ajaran yg di bawa oleh Rasulullah saw
2 perkara pokok itu tersimpul dlm Kalimah Syahadah - Pengertiannya :
Aku naik saksi bhw tiada Tuhan yg berhak di sembah melainkan Allah & aku naik saksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah
* Syahadah mengandungi 5 makna;
1) ILMU (Mengetahui)
Seorg saksi mesti mendedahkan apa2 yg di ketahuinya. Kita diperintahkn mempelajari ilmu2 yg dpt memantapkan keislaman kita
2) MENGAKUI (Mengiktiraf)
Kebenaran yg dipersaksikan. Analoginya : seorg pesakit akan patuh pd arahan doktor apa yg perlu dilakukan sekiranya dia mahu cepat sembuh.
3) BERJANJI (Ikrar)
Akan menunaikn perkara yg dipersaksiknnya - ketika di alam roh dulu kita tlh pernah berjanji n berikrar hanya Allah Tuhan kita (kami menjadi saksi) & hanya KpdNyalh kita akan menyembah
4) Iktikad (Aqidah)
Bererti ia telah menyakini dgn bersungguh2 akan kesahihan perkara yg dipersaksikan. Ia melatakkan hukum tsb ke atas dirinya tanpa ragu2 atau syak wasangka terhadap Allah n segala yg datang daripadaNya semada berupa suruhan/larangan sebagaimana yg tertera dlm Al Quran
5) MENYATAKAN
Yg bukan shj berbentuk ucapan tetapi di terjemahkan dlm bentuk sikap n perbuatan

Kesimpulan Syahadah
Syahadah Tauhid;
Aku mengaku, aku berjanji, aku mengetahui, aku beriktiqad bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah & aku nyatakan pengakuanku, janjiku, pengetahuanku dan iktikadku itu dlm sikap n perbuatan seharianku

Syahadah Risalah;
Aku mengaku, aku berjanji, aku mengetahui, aku beriktikad hahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah & selanjutnya aku nyatakan pengakuanku, janjiku, pengetahuanku & iktikadku itu dlm sikap n perbuatan seharianku.

3 Rukun Sahadah;
1) mengucapkan dgn lidah
2) membenarkan dgn hati
3) melaksanakan dgn anggota

Sekian, ringkasan Dua kalimah Syahadah yg di petik dr penyampaian serta buku Dr Abdullah Yasin. Moga Allah akan permudahkan kita memahami, melaksanakan n seterusnya menyebarkannya kpd org lain semata-mata kerana Allah

No comments:

Post a Comment