Thursday 1 December 2011

Catatan Perjalanan (Siri 7)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalammualaikum Wr Wb serta Salam Sejehtera kepada semua Anak Mersing juga kenalan Mukabuku yang saya muliakan sekelian.


Hati adalah salah satu unsur dalam diri setiap orang yang mempunyai personalitinya yang tersendiri bagi saya. Kebiasaannya kita mesti memandunya ke arah yang sepatutnya tetapi ada kalanya dia mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan kita membuat sesuatu keputusan semada kecil atau besar dalam hidup kita. Di ruangan yang istimewa ini saya ingin merakamkan penghargaan berupa ucapan terima kasih serta doa kepada beberapa insan lelaki khususnya yang bernama HM, NM, NH, FF dan AN yang hadir dalam hidup saya selama beberapa tahun selepas perceraian dan sebelum perkahwinan seterusnya. Pada asasnya perkenalan bermula atas dasar kerja. Mereka banyak membantu saya dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau mempermudahannya terlaksana. Mereka juga membuat saya gembira serta memeriahkan lagi hidup saya. Insan-insan ini malah memberi lebih dari hanya masa tugasan yang sepatutnya diselasaikan - mereka menawarkan hatinya untuk di miliki. Saya sangat menghargai segala jasabaik mereka juga yang sangat saya ingati pandangan syahdu mereka yang menanti apakah keputusan saya seterusnya (betapa dia sangat mencintai saya) Saya cuba sedaya upaya untuk mencari ruang di kamar hati walaupun ianya tidak di miliki tetapi ianya juga tidak membenarkan sesiapa untuk bertahta di dalamnya. Saya hanya suka sahaja tidak lebih dari itu, ada ketikanya saya cuba memgatakannya sebagai cinta tetapi... bagaimana hendak menipu diri sendiri kecuali kita memang berhajat untuk mempermainkannya. Semuanya saya tolak dengan baik walaupun ada yang tidak dapat menerimanya sehingga kini....
Moga anda semua di kurniakan pasangan yang lebih baik dari saya, sejehtera serta bahagia dunia akhirat, amin.


Setelah kami berpisah pada Ogos 1991 itu dia tidak datang ke Malaysia hampir setahun. Dia menceritakan ada orang yang marah dan hendak memukulnya.... Sepatah kata sepupu saya di Anak Mersing, Long Salim (Abdul Rahman Adam) "Aiman tak kisah..." kena selesaikan sendiri. Saya juga tidak bersetuju dengan orang tersebut - ini keputusan kami bersama. Seperti yang telah saya coretkan sedikit pada Catatan Perjalanan Siri 6 yang lepas apa yang berlaku. Apa yang saya boleh katakan "... tulah pasal..." (belajar cakap macam ni kat FB Anak Mersing) ada tidak di hargai, dah lepaskan cari pula!... Banyak wang yang dia habiskan untuk memanangi hati saya semula... atas alasan hendak menolong saya dalam perniagaan. Ok jerlah!..."Rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari". Setelah beberapa tahun dia menyatakan hasratnya untuk melamar saya. ( Laaa... rupanya ada udang di sebalik mee!... ingatkan betullah nak tolong, saabor jer!...) Saya sangat marah, tidak berkata apa-apa tetapi saya pasti dia dapat membaca reaksi saya. Cepat-cepat dia berkata bukan perlu buat keputusan sekarang fikirlah dahulu. (Is that so!) Hmmm... saya pun teruk juga macam mana sudah beberap tahun berlalu bara kemarahan masih menyala... Selepas itu dia senyap sahaja.(Poor guy!) Saya pun buat tidak tahu juga. (mak o! kerasnya hati!)


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini Hati memang susah di mengerti, selepas beberapa tahun berseorangan serta melalui pelbagai pengalaman yang menyeronokkan teringat pula hendak hidup berkeluarga. Ini tercatat di dairi (tahun 1997) saya di mana terdapat banyak tempat saya berdoa supaya di kurniakan pasangan hidup. Walaupun sentiasa ada hati-hati yang minta dimiliki tetapi tidak berani membuat keputusan sehingga Solat Istikarah saya mengesahkannya. Walau pun beberapa kali melakukannya masih merujuk kepada 'pewaris padang pasir' tu juga. Alahai!.... (but have to make it hapen) Seperti perkahwinan pertama perasaan cinta tu masih belum wujud tetapi perlu berhadapan dengan realiti. Walau bagaimana pun harapan saya tinggi - harapan saya akan mengahwini seorang yang lebih matang, kami belajar dari kesilapan lalu serta ini yang terakhir hingga nafas terakhir... Akhirnya pada Okt 1997 saya katakan 'Ya' kepadanya. Kami berbincang dan dia akan memberitahu bila majlis akan di adakan tetapi sebelum itu ada bebarapa perkara yang kami dan saya perlu lakukan kerana saya perlu mengikutinya di mana dia tinggal.


Dia sibuk dengan urusan kerjanya dan belum boleh memilih tarikh yang sesuai dan saya suka sahaja boleh tinggal lebih lama di Malaysia. Pada akhir tahun 1997 tuan rumah di Kuala Lumpur perlukan rumahnya kembali oleh itu saya perlu berpindah. Salah satu dari kekurangan perniagaan TASKA adalah pelanggan dari kawasan persekitarannya semada dari kawasan perumahan tersebut atau tempat bekerja. Kebanyakkan pelanggan saya dari tempat mereka bekerja, berpindah bermakna perlu mencari lokasi dan pelanggan baru. Oleh kerana sudah seronok berada di Johor Bahru saya memindahkan semua operasinya dan fokus di sana sahaja yang mana ini adalah tahun ke dua kami.

Februari 1998 dia meminta urusan perkahwinan dimulakan, ianya mengambil masa kerana melibatkan dua negara. Saya juga perlu menjual kereta lama saya supaya boleh menambah pembayaran deposit untuk kereta baru yang dia katakan sebagai mahar bagi perkahwinan kami. Seperti biasa saya uruskan sendiri serta memanjatkan doa mohon semuanya dipermudahkan, maklumlah perempuan, takut dan bimbang tetap ada. Walaupun telah di iklankan tetap juga bertanya kepada rakan-rakan serta saudara mara. Pada suatu hari ada seorang lelaki melayu menyatakan hajatnya dan datang melihat kereta saya. Saya membuka tempat engin supaya dia boleh melihatnya. Apa yang dia lakukan lihat dan pusing satu kali dan berkata saya akan beli dan bila urusan jualbeli boleh di lakukan. Saya bertanya adakah dia akan memandu untuk mengetahui keadaan sebenar, tidak perlu katanya. Saya yang tidak percaya akan situasi tersebut mengatakan keesokkan hari kita akan ke bank, dia masukkan duit dalam akaun saya dan saya akan menyerahkan kereta berserta dokumen pendaftarannay. Dia bersetuju dan berlalu pergi... Keesokkan harinya kami bertemu di bank yang telah ditetapkan, dia memasukkan kesemua tunai RM23,000.00 ke dalam akaun saya dan saya menyerahkan kunci dan dokumen pendaftaran kereta dan mereka berlalu pergi. MashaAllah! Alhamdulillah3x! mudahnya. Keesokkannya isterinya menghubungi saya mengatakan dia sangat gembira memiliki kereta tersebut kerana seperti memdapat kereta baru. Saya gembira mendengarnya. Mereka tidak tahu yang saya pernah memandu seningga 160km (maksima kelajuan 180km) dengan kereta itu di lebuhraya sebab berlumba dengan 'Mat Rempit Waja'. Berbalik kepada saya selepas menyerahkan kereta kesayangan yang banyak berjasa itu saya merasa sangat sedih sambil berjalan berjumpa sebatang pokok lalu duduk dan mengangis semaunya... (ada ke orang yang teruk macam saya ni!...) Setelah melepaskan sebak di dada saya perlu tunggu sebentar sebab mata yang masih merah dan bengkak sedikit... (memang muka sepuluh sen! buat tidak tahu sahaja bila orang memandang saya... pakai jer kacamata gelap) Saya meneuruskan perjalanan kerana tempat kereta baru idaman saya ( Itulah jadinya kalau hati dah 'melekat' kat Honda Accord tu tak nampak yang lain lagi, sepatutnya pilihlah BMW sport ke atau yang sewaktu dengannya) itu tidak berapa jauh dari bank tersebut. Saya berjumpa dengan jurujual yang telah menyediakan dokumen urusan jualbeli tersebut dan saya menyerahkan cek sebagai deposit.



Suatu hari dia menghubungi saya dan memberi tarikh majlis resepsi kami tetapi saya hanya ada masa satu bulan sahaja. (Sabor jer!!... sure stress out) Saya menganggapnya sebagai cabaran. Nampaknya saya perlu uruskan segalanya sendiri dari A hingga Z, inilah masanya saya perlu membuktikan kebolehan merancang dan melaksanakan tugasan ini dengan baik. Apa yang perlu saya lakukan (selepas menarik nafas panjang dan banyak kali - salah satu teknik untuk menenangkan diri) Tanya diri sendiri apa dan bagaimanakah majlis yang saya mahukan? (Bayangkan seperti berada di majlis tersebut) Tulis semuanya dapatkan sebutharga dan beritahu kepadanya tetapi sebelum itu tanya berapa budget untuk majlis ini. Sesiapa yang pernah atau memang menjadi perancang perkahwinan mesti tahu apa yang saya lalui - walaupun berada dalam keadaan tertekan tetapi gembira dan seronok melakukannya. Meskipun demikian bukan semua yang dirancangkan berjalan berjalan seperti sepatutnya. Dua hari sebelum majlis kami dia berkata tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana dia berada di Amerika dan untuk ke Malaysia dia akan hilang sehari dan agensi pelancungan yang menguruskan aturcaranya telah tersilap. Boleh bayangkan apa perasaannya pada masa itu!... dan saya akan bersanding seorang? Ada sesiapa yang pernah pergi majlis perkahwinan dan lihat hanya pengantin perempuan sahaja yang derada di pelamin? Saya tidak tahu atau faham bila saya akan menjadi keutamaan dalam hidupnya? Adakah semua ini hanyalah salah satu dari agenda (macam minit mesyuarat) dari pelbagai perkara yang dia perlu lakukan dalam hidupnya?


Walau bagaimanapun dia tetap mahu saya meneruskan majlis tersebut dan minta saya mengadakan satu lagi majlis di mana dia berada dan menjemput hadirin pada hari itu. Majlis pertama saya adakan di dewan dan yang ke duanya di hotel. Selepas hari ke tiga dia mesti berada di Singapura atas urusan kerja. Memang jelas saya bukanlah yang penting dalam hidupnya.... bagaimana hendak melalui hidup bersamanya???......... Adakah saya membuat keputusan yang betul untuk kembali kepadanya?


Selepas kami ke Singapura untuk dua hari, ke Desaru Johor untuk tiga hari dia kembali ke Kuwait. Saya tinggal di Malaysia kerana ada beberapa perkara lagi yang perlu saya uruskan dan begitu juga dengan dia. Saya menjalani kehidupan seperti biasa menguruskan TASKA, sebagai jurulatih bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, menghadiri program ABIM atau berjumpa dengan saudara mara atau sahabat handai. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya semasa membaca diari dan mengimbas kembali apa yang berlaku. Mulai tahun 1996 bila saya mulai membuka TASKA di Johor Bahru boleh di katakan hampir setiap minggu saya akan berulang alik semada Kuala Lumpur kr Johor Bahru atau sebaliknya. Kebiasaannya saya akan memandu tetapi kerap juga saya akan menaiki bas atau keretapi atau kapalterbang bergantung kepada situasinya atau keperluan sesuatu urusan tersebut. Masa juga tidak menentu sekiranya dengan kenderaan awam saya lebih suka melakukannya pada waktu malam dan apabila sampai siang hari dan urusan boleh diselasaikan. Ada kalanya saya akan melakukan perjalanan dalam masa 24jam sahaja - semuanya ini amat mengkagumkan dan seperti tidak percaya saya boleh melakukan semuanya mashaAllah, alhamdulillah3x atas segala kurniaannya. Saya cuba memcari seseorang untk menguruskan perniagaan saya tetapi tidak bertemu. Menguruskan kanak-kanak bukan seperti mengurusan sebuah kilang percetakan, ianya memerlukan banyak sentuhan kemanusiaan. Pilihan saya seterusnya adalah menjualnya maka itulah yang berlaku pada bulan November 1998.


Saya berpindah ke Kuala Lumpur dan menyewa di Pantai Hillpark, Pantai Dalam ( Sekarang ini di panggil Bangsar South ) pada bulan Disember. Meneruskan hidup seperti biasa ( berkahwin tetapi tetap seorang! ) dengan pelbagai aktiviti sehingga awal bulan April 1999 saya mengikut suami ke Dubai ( pergi sendiri dan dia tunggu di sana ) kerana dia baru sahaja di tukarkan ke tempat tersebut. InsyaAllah untuk Catatan Perjalanan saya seterusnya saya akan berada di Dubai. Selain
dari dapat menziarahi negara-negara Telok yang berhampiran ada sesuatu yang besar berlaku yang akan mengubah hidup saya seterusnya. Sekian untuk kali ini.

No comments:

Post a Comment