Seperti telah menjadi satu budaya, berjalan waktu pagi secara santai, Kalau waktu remaja aku dulu, bila exercise sahaja mestilah ber jogging, tapi sekarang masyarakat telah dapat menerima cara menjaga kesihatan dengan cara santai begini. Mulanya nampak macam tak berpeluhpun..
Ramainya, hihi banyak kelompok yang aku nampak, paling ramai adalah wanita-wanita cina yang berumur 40 tahun ke atas, aku agak la.. patutla mereka boleh kekalkan figure. (tentu kesihatan yang mereka utamakan dulu). Paling menakjubkan bila wanita-wanita cina ini berjalan bukan setakat ke hujung pantai tu sahaja, malah mendaki bukit di belakang bangunan lama rest house tu kemudian terus menuruni bukit cantik ke sekolah rendah Paichee dan kembali semula ke pantai. Jauh juga tu. Mereka nampak seronok berpeluh dan yang pasti riuhnya berbual.. hihihi
Orang lelaki tak nampak pula berjalan melepasi sempadan pantai, mereka sekadar menyusuri benteng batu sampai ke hujung pantai. Mungkin ramai lelaki yang aku nampak tu semuanya dah bersara.(betul lah, kalau kita tenguk betul betul, nanti mesti ada seorang dua guru guru bersara yang pernah mengajar kita dulu). Dihujung pantai, mereka akan berhenti dan melakukan senaman ringan sambil berbual juga..
Remaja, kurang kelihatan..kalau adapun yang punya serampang dua mata, sambil menyelam minum air.. Biasalah remaja kan.
Pantai Mersing walau sedikit kotor, di pagi hari memang mendamaikan. Bila singgah ke Mersing jangan segan mengunjungi pantai ini. Walaupun aku tidak lagi mandi manda di sini, tapi cukuplah dapat menikmati hembusan bayu lautnya dan melihat matahari terbit di horizonnya.
No comments:
Post a Comment