Monday, 24 October 2011
Hakikat Kalimah Syahadat (Ust Dr Abdullah Yasin) Siri 3
Rumusan : Tauhid dan Jenis-jenisnya
Tauhid bermakna mengEsakan dr akarkata Wahhada / Yuwahhidu - MengEsakan
MengEsakan Allah dapat ditinjau dari beberapa sudut samada dari sudut Perbuatan,Sifat-Sifat atau Nama-Nama Allah dan dr sudut perbuatan manusia.
Tauhid ada 3 jenis;
1) Tauhid Rububiyyah
2) Tauhid Asmaa Wa Sifaat
3) Tauhid Uluhiyyah/Ibadah
Tauhid Rububiyyah
* berasal dr perkataan Rabb bererti Yang Mencipta, Yang Memiliki, Yang Memelihara dan Yang Mengurus
Bermakna keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja Yang Mencipta alam ini, Menurunkan rezeki atau hujan, Yang Memelihara serta Mengatur seluruh alam, Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan - tauhid jenis ini merujuk kepada perbuatan Allah
* Sesiapa yang memiliki tauhid ini bermakna telah memiliki tauhid rububiyyah tetapi tidak bermakna ia seorang muslim kerana umat beragama yg lain seperti Yahudi, Nasrani, Majusi, Hindu hatta Penyembah Berhala di zaman jahiliyyah juga memiliki/mempercayainya. Hanya golongan anti tuhan seperti golongan komunis sahaja yang tidak mempunyai tauhid ini
* Sila rujuk surah Al Zukhruuf (43: 9 & 87)
Tauhid Asma Wa Sifaat
* Nama-nama dan Sifaat Allah hanya dapat dapat diketahui dari 2 sumber sahaja iaitu dr Al Quran dengan Allah menama dan mensifatkan tentang diriNya seperti tertera dalam Al Quran atau lisan Nabi Muhammad saw. Ianya adalah tauqifiyyah bermakna terbahagi kepada 2 bahagian - Menetapkan & Menidakkan (Nafi)
* Kita boleh mensifatkan makhluk dengan Sifat-sifat Allah asalkan hanya terbatas kepada ucapan (lafaz)
saja dan tidak pada erti (maknanya) Contohnya Allah hidup, manusia juga hidup tapi hidupnya Allah tidak sama dengan mahkluk yang diawali oleh tiada dan diakhiri oleh kematian/kemusnahan
* Nama-nama dan Sifaat Allah mempunyai 99 jenis (Asma Al Husna)
Tauhid Uluhiyyah
* Akarkatanya Al Ilaah bermakna Yang DiSembah - Tauhid Ibadah
Ianya bermaksud Keyakinan Kita bahawa hanya Allah Yang berhak di sembah dan Dia tidak boleh di sekutukan/disamakan dengan apa/siapa jua pun
* Tauhid Uluhiyyah menjadi pembeza utama antara muslim dan bukan muslim dan matlamt utama setiap rasul diutus oleh Allah adalah kerananya
* Orang Yahudi dalam ibadahnya menyembah Uzair bin Abdullah dan mendakwanya sebagai anak tuhan
Orang Nasrani meyakini Nabi Isa bin Maryam sebagai anak tuhan yang wajib di sembah
Orang Musyrikin yang menyembah berhala berkeyakinan bahawa malaikat sebagai anak perempuan tuhan yang wajib di sembah.
Walaupun ke tiga-tiga golongan ini mempunyai Tauhid Rububiyah dan Asma Wa Sifaat tetapi oleh kerana menyembah lain dari Allah maka mereka digolongkn sebagai BUKAN muslim. Setiap muslim perlu memahami hakikat ini sebenar-benarnya supaya mereka tidak terkeluar dari Islam.
Kalimah Tauhid Laa Ilaa Haillalah bukan hanya sekadar mengandungi makna ' Tiada Tuhan yang dapat menghidup dan mematikan kecuali Allah' tetapi mestilah dengan makna 'Tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah' Makna 1 - mengandungi Tauhid Rububiyyah. Makna 2 mengandungi Tauhid Uluhiyyah/Ibadah yang membawa kepada seorang muslim sejati.
Saya mencadangkan sila baca rumusan topik ini dahulu bagi mendapat gambaran kasar mengenai kuliah Ustad untuk pemahaman yang lebih jelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment