Monday, 17 October 2011

Hakikat Kalimah Syahadat (Ust Dr Abdullah Yasin)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kalimah Tauhid (Laa Ilaaha Illalah)

Makna Kalimah Tauhid - membebaskan diri drp segala bentuk penyembahan dan berikrar menumpukan segala jenis ibadat hanya kpd Allah yg Maha Esa serta melaksanakanya sesuai dgn apa yg di sukai dan diredhai olehNya.
Kalimah ini jga di sebut sbg Kalimah Ikhlas. Perbahasan tentang kalimah ini amatlah penting diketahui oleh setiap muslim.

Rukun Kalimah Tauhid/Ikhlas

1) Nafi
bermakna menafikan/menidakkan bhw tiada tuhan yg di sembah - Kalimahnya Laa Ilaa
2) Ithbat
bermakna menetapkan/menentukan bhw hanya Allah shj yg berhak disembah - kalimahnya Illalah

Kedua-dua kalimah ini (Nafi & Ithbat) bukan shj berperanan menetapkan bhw hanya Allah shj sbg Tuhan tpi pd masa yg sama menolak segala tuhan-tuhan yg lain.

Syarat Kalimah Tauhid
Perbahasan syarat kalimah tauhid ini ada 7 perkara dan akan di bentangkan dgn sifatnya yg berlawanan. Setiap syarat disertai dgn nas-nas (semada ayat Al Quran, Hadith atau dr para Imam) Sila rujuk kpd buku Hakikat Dua Kalimah Syahadat dr mukasurat 111 - 126.

1) Ilmu lawannya Jahil
mempunyai pengetahuan mengenai ilmu Nafi dan Ithbat. Jahil tidak mengetahui mengenainya tidak akan menjamin baginya utk masuk syurga.

2) Yakin lawannya Syak (Ragu)
Hati kita mesti tetap/percaya sepenuhnya tentang kalimah ini tanpa sedikit pun ada keraguan

3) Ikhlas lawannya Syirik
Kandungan utama kalimah tauhid adalah mengesakan Allah dlm ibadah sedangkan syirik pula mempersekutukan Allah dgn yg lain.

4) Siddiq (Benar) lawannya Dusta
Mengiakan sepenuhnya dan tidak menidakkan. Seseorang itu akan diangap berdusta sekiranya gerak geri dan perbuatannya berbeza dgn apa yg diucapkannya.

5) Cinta
Cinta pd Allah dan Rasul adalah kemuncak cinta - Cinta yg hakiki. Sepatutnya cinta kpd Allah n Rasulullah mesti melebihi dr cinta kita kpd yg lain. Bukti cinta sejati terbhg kpd 4 perkara;
1) Selalu menyebut nama org yg di cintainya
2) Sentiasa mengingatinya
3) Melakukan apa yg disukainya
4) Menjauhi segala apa yg di bencinya
Sejauh manakah cinta kita kpd Allah dan Rasul?
Sejauh manakah dpt kita buktikan dlm kehidupan kita seharian?
Adakah kita sentiasa mempersoalkan setiap perilaku/tindakan kita adakah ianya bersesuaian dgn kehendak / KeredhaanNya?

6) Mematuhi (Patuh/Ikut) lawannya Meninggalkannya
Setiap muslim hendaklah merasa terikat dgn peraturan yg tlh ditetapkan oleh Allah semada kita mengetahui atau tidak hikmah disebalik perintah dan larangan tsb

7) Menerima lawannya Menolak Konsep Kalimah Tauhid
Sebenarnya kita sbg Hamba tidak boleh menolak sedikit pun kehendak dan kandungan kalimah tsb.

Kesimpulan
Pengertian dlm memahami rukun dan syarat kalimah tauhid ini amatlah penting utk kita melaksanakannya dlm kehidupan seharian. Seorg ulama terkenal zaman silam iaitu Wahab bin Murabbih menganggapnya sbg Kunci Syurga.

No comments:

Post a Comment