Sunday, 9 October 2011

MENANGKAP MENTARI BANGKIT bhg 1

Lokasi Pantai Bandar Mersing
Bukan mudah menangkap mentari bangkit, tapi kesukarannya sentiasa mencabar jiwa amatur ini.. Lebih lebih lagi bila melihat gambar mentari bangkit di Langkawi, di Bali, di Pukhet, malah mereka mengejarnya hingga ke Bahamas sekalipun.. Tapi aku tetap dengan pantai kecintaan ku di Mersing ini.. Juga punya mentari bangkit malah mungkin lebih hebat sebenarnya kalau kamera yang aku gunakan bukan sekadar Canon 500D beserta kit lens sahaja..

Aku pernah melihat matahari bangkit di 6 pantai di Mersing ini, walau amatur aku rasa perlu menunjukkan gambar matahari bangkit di Mersing ini pada dunia. Aku tahu gambar aku akan ditertawakan, hihi biarlah, aku bukannya mahu mempamer kehebatan aku tapi aku mahu bikin terdetik di hati tukang tukang gambar ini bahawa jika mereka yang mengambil gambar itu, ianya akan jauh lebih cantik.. aku pun pasti begitu. Lalu biarlah mereka datang berduyun duyun melaga kemaheran mereka dan mempamer senjata mereka.

Pengalaman aku yang setahun jagung ini menganggap mentari bangkit paling cantik jika dipandang dari arah menara di Tanjung Mersing Kanan. Memotret dari arah dalam kuala menuju keluar berlatarkan mentari naik, uuuuh syahdu bila melihat warna perak dan emas bersatu.Kalau bernasib baik bot nelayan keluar ketika subuh dan pemandangan ketika mereka keluar dari Kuala memang mengasyikkan. Oh ya, jangan risaukan nelayan nelayan yang akan keluar ke laut tu. Mereka seronok melihat tukang tukang gambar memotret tempat mereka..

Ini akan kusambung ceritanya lagi..

No comments:

Post a Comment